Malam semalam aku terlebih emosi. Rindu pula pada dia. Lebih daripada biasa.
Langsung tak diundang, tetapi lagu ini tiba-tiba terngiang di telinga.
Kata orang, apa yang bermain di fikiran itu, kalau ia tidak diundang, barangkali itu adalah ilham dari-Nya. Mungkin juga itu suara hati, yang ingin sekali menyuruh kita berhenti sejenak supaya dia boleh berbicara.
Bila difikirkan kembali, semacam lama benar aku sudah tak menghabiskan masa dengan hatiku sendiri. Bos baru, kerja baru, tanggungjawab baru. Tak hairanlah kalau diri aku ini rindu dengan diri aku sendiri.
Baiklah. Layankan sahaja. Kasihan dia.
Aku amati bait-bait lagu itu. Lagu lama, keluaran empat tahun yang lalu.
Dan aku amati pula perjalanan hidupku. Perjalanan aku dan dia.
Maka bermulalah muhasabah realiti. Setiap jengkal, hasta dan depa. Setiap kaki dan inci, habis aku teroka.
Kebenaran itu kadangkala menyakitkan. Perit dan pedih rasanya.
Realitinya terang lagi bersuluh. Aku melengahkan kekecewaan yang pasti. Mat saleh kata, delaying the inevitable. Menghambat diri dari bergerak ke hadapan, dek kerana takut akan apa yang menanti.
Pegun. Statik. Momentum sifar, jadi pecutannya juga sifar. Dalam kata lain, memang langsung tiada hala tuju. Tapi benarkah begitu?
Mungkin ada benarnya. Cinta tak pernah punya peluang dalam perjalanan hidupku. Tak pernah diberi kesempatan untuk bertapak. Adapun dia cuma mampu singgah sebentar. Menemaniku sebentar, dan kemudian berlalu pergi. Tempatnya bukan di sini. Tidak cukup ruang untuk dikongsi. Silapnya di mana, aku pun tak pasti.
Sang biduan mendendangkan soalan yang perit untukku jawab:
Jadi, bisakah aku?
Aku yakin dia pasti mampu. Dia adiwira gagah perkasa. Indah budi bicara. Ilmu penuh di dada dan minda. Kacak dan tampan juga. Teramatlah mudah mencari pengganti. Sekarang pun seperti sudah panjang 'senarai menunggu'. Menantiku hilang, memadamkan diri dari lembaran hidupnya yang terlalu jauh beza dari corak dan gaya catatanku.
Dia mampu. Aku pula? Rasanya tak perlu aku andaikan.
Aku berfikir kali kedua. Kemungkinan besar ini bukan bicara hati.
Mungkin ini isyarat-Nya. Babak sudah habis. Padamkan layar dan labuhkan tirainya. Masa untuk bersurai.

Bisakah kau berdiri
tanpaku di sisimu lagi?
Bisakah kau sendiri
mengubati luka di hati?
Jadi, bisakah aku?
Aku yakin dia pasti mampu. Dia adiwira gagah perkasa. Indah budi bicara. Ilmu penuh di dada dan minda. Kacak dan tampan juga. Teramatlah mudah mencari pengganti. Sekarang pun seperti sudah panjang 'senarai menunggu'. Menantiku hilang, memadamkan diri dari lembaran hidupnya yang terlalu jauh beza dari corak dan gaya catatanku.
Dia mampu. Aku pula? Rasanya tak perlu aku andaikan.
Aku berfikir kali kedua. Kemungkinan besar ini bukan bicara hati.
Mungkin ini isyarat-Nya. Babak sudah habis. Padamkan layar dan labuhkan tirainya. Masa untuk bersurai.
No comments:
Post a Comment